Tarikh akhir membayar Zakat Fitrah: Sebelum sembahyang Hari Raya
Tempat Kutipan Zakat Fitrah:
Masjid, surau dan balai ibadat jika amil-amil tersebut terdiri dari pegawai-pegawai masjid (imam dan bilal)
Rumah masing-masing jika amil yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan (Penghulu, ketua kampong dan guru ugama)
Pejabat masing-masing (pegawai-pegawai pasukan beruniform (Askar, Polis, Bomba dan Penjara)
Kadar Zakat Fitrah mengikut KHEU:
Beras Wangi : $2.84 sen
Beras Siam : $1.93 sen
Kepentingan Zakat - Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “ Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.”
(Abu Daud)
(Hadith taken from here)
Tuesday, October 09, 2007
Reminder: Don't Forget to Pay Your Zakat Fitrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment